Quantcast
Channel: Fuh.My » Seram
Viewing all 51 articles
Browse latest View live

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan – Salam buat semua…Harini Emas Putih nak kongsi satu kisah misteri yang diambil dari laman Carigold. Kisah misteri ini berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan. Jom baca.

kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.

Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak.Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sgt kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan …sampai di ulu behrang…aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masukke lebuhraya dari Ulu Behrang.

Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sgt2 sunyi..dan lengang…kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. CUaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL..kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah2 aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh,

Habis sahaja sebatang rokok utnuk menghilangkan mengantuk..aku campakkan ke jalan…aku menoleh ke belakang… ketika itu aku seolah2 tidak percaya dengan apa yang aku lihat.Aku tergamam seketika..seolah2 terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua2 telapak tangan..ia masih di situ..

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit2 di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama….

Aku tak merasa seram atau takut ..yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. AKu memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat..sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget2 dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ..memang aku sedar..tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan2 berundur ke arah motosikal ku..mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk ..dan bulu tengkuk ku menegang…aghhh tanda ianya bukan realiti…aku start moto dan tnapa menoleh lagi..aku bergerak..sepanajng jalan…tak putus2 soalan demi soalan dalam pikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa2 pada ayahku.keesokan paginya aku bertanya..dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin..aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya.Apa yang aku nampak..perkuburan siapa..Hanya Dia yg lebih mengetahui.

sumber : Carigold

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan Emas Putih


Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam - 9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?] Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba [kalau korang tahu la] tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut [kalau korang tahu la] atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak [kalau korang tahu la] angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi [kalau korang tahu la] masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh [kalau korang tahu la] tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, [kalau korang tahu la] ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

PS: Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310

sumber : [kalau korang tahu la]

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam Emas Putih

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam - Bukanlah maksud nak takutkan korang sume ,tapi ini hanya nak berkongsi dengan korang. Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie, nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan ? So lebih baik share kepada korang daripada disimpan sorang dan duk diam jer betul tak?

Ramai  sudah sedia maklum antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam, contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup, yang tu memang la, memang dah rumah tinggal pun,t akde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1. Banglo Kayangan seksyen 12 Shah Alam

Banglo Kayanganseksyen 12 Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2. Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam

Rumah RM50Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3. Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Rumah tepi SirimSeksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

p/s : Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

sumber : carigold

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam Emas Putih

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan. Tadi ada seorang rakan Dr Fuh inform yang berita tentang remaja hilang di Villa Nabila dah disahkan ditemui. Rakan Dr Fuh tu dapat berita dari blog saudara Mazidul Akmal. Agak mengejutkan bila Dr Fuh baca berita ini dimana seorang remaja yang dilaporkan hilang itu telah ditemui. Tapi bukan di Villa Nabila. Dimanakah? Ikuti beritanya dibawah ini.

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.

Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.

Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

Sumber berita – Bersama Mazidul

Lihat rakaman video di Villa Nabila Johor Bahru yang telah dibuat oleh sekumpulan pelajar sebelum KONONNYA mereka diberitakan hilang di laman PENCURIMOVIE.SX <– Klik sini

Dr Fuh – Hahaha. Bila baca balik macam lawak pon ada. Berita ni mendapat liputan sangat meluas di dada-dada akhbar dan media-media massa termasuk dari blog Dr Fuh sendiri, at last remaja yang dilaporkan hilang tersebut telah ditemui sedang bersembunyi dirumah kawan? Tapi persoalan yang timbul sekarang, mengapa remaja tersebut bersembunyi di rumah kawan beliau? Dan bagaimana pula timbul cerita yang remaja tersebut pergi ke Villa Nabila dan hilang disana? Jeng….jeng….jeng….!!

Credit

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap Dr Fuh

Kisah Mayat Keluar Darah Tanpa Henti

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Mayat Keluar Darah Tanpa Henti | Kisah Mayat Keluar Darah Tanpa Henti Sebuah kisah tentang jenazah yang ingin disempurnakan namun menghadapi kesukaran. Kesukaran yang dimaksudkan di sini adalah jenazah tersebut sering mengeluarkan darah tanpa henti.

Cerita ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, akan tetapi boleh dijadikan sebagai teladan mahupun renungan. Secara fitrahnya, apabila kita hidup secara baik, maka kita juga mahukan pengakhiran dalam keadaan baik. Dalam erti kata lain, matinya kita biarlah dalam keadaan yang diredhai Allah SWT. Peristiwa yang ingin diceritakan adalah mengenai satu jenazah yang kira cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja…

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, “Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?”
Saya kata, “Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?”

“Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami,” kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan… masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain…sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut… langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, “Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga.” Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik…plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk….susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang…

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.
Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham.

Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin…bukan menuduh.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

Kisah Mayat Keluar Darah Tanpa Henti Emas Putih

50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri histeria

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri histeria | Lebih 50 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, di sini, diserang histeria pada kira-kira 7 pagi tadi.

Pengurusan sekolah turut memanggil pakar perubatan Islam untuk membantu memulihkan pelajar berkenaan.

Difahamkan, ia berlaku apabila seorang guru melihat lembaga hitam di sekitar sekolah namun guru wanita berkenaan dapat mengawal diri.

Tidak lama kemudian, pelajar perempuan sekolah itu mula menjerit sehingga jumlahnya melebihi 50.

Pengurusan sekolah kemudiannya membatalkan sesi persekolahan pada hari ini dan membenarkan kira-kira 1,000 pelajarnya pulang.

Ibu bapa juga dibenarkan menjemput pulang anak masing-masing. Semua mangsa berjaya dipulihkan pada 11.30 pagi tadi.

sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

50 pelajar perempuan SMK Tanjung Puteri histeria
Emas Putih

Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton!

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Semalam 20 Mac 2014 merupakan tarikh keramat dimana filem Melayu yang dinanti-nanti telah menggegarkan panggung wayang seluruh Malaysia iaitu filem Zombi Kilang Biskut.

Filem kreatif arahan Mamat Khalid ini bermula dengan Zombi Kampung Pisang pada 2007 dan diikuti Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 yang mencetus fenomena dengan kutipan hampir RM8 juta, dan sebelum ini Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (HMJT).

Mamat Khalid masih mengekalkan beberapa orang pelakon asal seperti Awie, Usop Wilcha, Delimawati dan Man Kadir disamping menampilkan watak-watak baru bagi bagi memberikan suntikan lebih segar.

Plot cerita Zombi Kilang Biskut kali ini dilihat lebih banyak aksi yang lebih kelakar disamping mengekalkan lakonan-lakonan lawak bersahaja serta tidak dijangka pastinya meriuhkan lagi suasana panggung wayang.

Sinopsis Zombi Kilang Biskut

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang kerana diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Usin bersetuju untuk bekerja di kilang biskut dan menjadi juruteknik bersama-sama Wahab B. Dari situ bermula kisah zombie ini setelah Usin bertemu dengan Dr Sofi. Sofea juga bekerja di kilang tersebut dan merupakan bos kepada Abg Din Mamu.

Mereka semua selalu di gemparkan dengan ramai pekerja yang pengsan di kilang biskut tersebut. Mereka berasa pelik. Usin juga berasa pelik dengan kejadian tersebut dan beliau pernah ternampak kelibat yang berupa zombi di Kilang tersebut.

Secara tidak langsung, kampung mereka juga telah didatangi oleh Kamariah yang ingin mencari Usop yang telah membunuh beliau. Ramai lelaki yang menjadi korban beliau termasuk zombi semasa beliau mencari Usop.

Konflik ini telah mencetuskan huru-hara di Kampong Pisang dan keadaan telah menjadi kucar kacir setelah mereka mendapat tahu zombi telah mula menyerang.

Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian bersama untuk menentang zombi ini. Tetapi semasa mereka hendak menyerang mereka telah diserang oleh Kamariah.

Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah Usin, Usop, Sofea, Wahab B dan Pian berjaya mengalahkan zombi-zombi yang berkeliaran di kilang biskut? Dan siapa pula Kamariah yang menganggu mereka? Kalau nak tahu jom terjah wayang berdekatan! Serius korang takkan rasa menyesal menonton filem arahan Mamat Khalid ini!

Trailer Zombi Kilang Biskut

Dr Fuh – Tengok trailer pon dah mengiurkan kan? Hehehe. Apa tunggu lagi!! Rugi tak tonton filem ni! Dr Fuh kasi 4/5 bintang!!

Status – Recommended!

If you enjoyed this post, you should read this: Contact form 1

Zombi Kilang Biskut Filem Mesti Tonton!
Dr Fuh

Pengalaman Menyeramkan Di Bekas Hospital Brsalin Pulau Pinang

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

Pengalaman Menyeramkan Di Bekas Hospital Brsalin Pulau Pinang | Sebuah bangunan berusia 99 tahun dan pernah digunakan sebagai berek tentera ketika zaman pemerintahan British dan hospital tentera laut ketika zaman pendudukan Jepun menjadi tempat sekumpulan 40 orang menimba pengalaman menarik apabila tidur di bangunan tua itu selama dua malam.

Bangunan di Nombor 57, Jalan Macalister itu juga pernah menempatkan hospital bersalin yang dikatakan telah menyaksikan kelahiran lebih 60,000 orang bayi, sebelum operasinya dipindahkan ke Jalan Residensi pada tahun 1955.

Bangunan itu digazetkan sebagai muzium pada 2010 dan merupakan muzium ketiga di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Pulau Pinang, selain di Lebuh Farquhar dan Balai Seni Lukis di Dewan Sri Pinang.

Melihat kepada usia dan sejarahnya yang panjang, soalan nakal yang sering dibangkitkan orang ramai terutama pengujung muzium ialah apakah bangunan berhantu?

“Hendak menafikan atau mengiyakan (bangunan berhantu), sukar untuk kami perkatakan…jadi dari sinilah ilham untuk menganjurkan program ini muncul, supaya mereka dapat merasai sendiri pengalaman menyeramkan itu,” kata Pengarah Muzium Pulau Pinang, Haryany Mohamad.

Katanya para peserta menimba pengalaman itu menerusi program ‘Semalaman di No 57, Jalan Macalister’ selama dua malam bermula Jumaat malam lepas.

Jadi persoalannya adakah bermalam di bangunan ini menyeramkan?

“Tidur dalam muzium ini bukanlah sesuatu yang mengerikan, sebaliknya ia pengalaman menyeronokkan selain dapat menambah ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sejarah.

“Seronok sekali-sekala dapat berkumpul ramai-ramai dan dapat berkongsi cerita seram sebelum tidur… dah lama tidak buat begini,” kata Hallan Hashim, 23, penuntut tahun akhir jurusan pengurusan Universiti Sains Malaysia yang merupakan salah seorang peserta program itu.

Beliau berkata petugas muzium memakai kostum doktor, jurubedah, jururawat dan pembantu perubatan bagi mengimbau kembali suasana sebuah hospital.

Katanya peserta juga dipertontonkan dengan lakonan menyambut kelahiran bayi di bilik bersalin selain dibawa melawat bilik bedah mayat dan lebih mengujakan melihat video rakaman insiden menyeramkan seperti kerusi bergerak sendiri yang dikatakan pernah berlaku di dalam bangunan itu.

Mereka turut dihidangkan dengan makanan ala hospital seperti bubur nasi dan sup dalam dulang plastik.

Cameron Kang, 23, seorang ejen insurans pula berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa depan kerana ramai rakan-rakannya tidak dapat mengikutinya disebabkan penyertaan yang terhad. – BERNAMA

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Pengalaman Menyeramkan Di Bekas Hospital Brsalin Pulau Pinang
Emas Putih


Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport | Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun… Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun…. semuanya dalam kekuasaanNYA.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

Kisah Menyeramkan Di Petronas Jalan Subang Airport
Emas Putih

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia | Poveglian, sebuah pulau di Itali, adalah pulau yang mendapat predikat pulau paling seram di dunia. Pulau itu adalah bekas pembuangan orang-orang yang mengalami sakit jiwa. Pulau seram itu berlokasi di Tanjung Venice, dan dikahbarkan dihuni oleh hantu terbanyak di dunia. Sekitar 50 persen debu dan tanah di pulau itu merupakan debu dan abu sisa pembakaran manusia yang meninggal disana.

Pulau Poveglian digunakan sebagai pembuangan sejak abad ke-14, saat itu untuk membuang tahanan. Di abad ke-18, pulau itu kemudian digunakan sebagai tempat kuaratin bagi orang yang mengalami masalah kejiwaan. Tahun 1922, sebuah rumah sakit berikut laboratorium dan kapel didirikan disitu untuk rehabilitasi dan penampungan bagi orang yang mengalami sakit jiwa.

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia2 Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia

Namun, kahbarnya para psikiatris dan petugas di rumah sakit itu sering menyiksa dan menjagal pesakit-pesakintya dan diperkirakan sekitar 160 ribu orang meninggal di pulau tersebut. Pada saat penjelajahan, awal tahun 2000, ditemukan sekitar 1.500 kerangka tengkorak manusia yang tampal di dinding batu dan tanah.

Pemimpin rumah sakit jiwa itu dikahbarkan meninggal akibat bunuh diri dengan melompat dari atap . Rumor mengatakan bahwa ia didorong oleh para hantu yang menjadi mangsanya. Namun baru-baru ini, TravelChannel memberitakan bahawa pulau Poveglia dijual oleh pemerintah setempat, untuk membayar hutang negara yang semakin banyak.

If you enjoyed this post, you should read this: Aisberg Besar Di Antartika Pecah Dan Hanyut Ke Lautan Terbuka

Pulau Poveglian Paling Seram di Dunia
Emas Putih

Sebab Mengapa Jin Merasuk Dalam Tubuh Manusia

$
0
0

Fuh.My
Fuh.My - Mencetus Fenomena

Sebab Mengapa Jin Merasuk Dalam Tubuh Manusia | Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya.” Tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.

Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

“Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.” katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu. -IS

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Sebab Mengapa Jin Merasuk Dalam Tubuh Manusia
Emas Putih

Viewing all 51 articles
Browse latest View live