Quantcast
Channel: Fuh.My » Seram
Viewing all 51 articles
Browse latest View live

Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru | Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Seperti yang telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dimana kita dikejutkan dengan kehilangan 23 remaja di Villa Nabila Johor Bahru. Pelbagai khabar angin telah tersebar di laman-laman sosial, ada yang mengatakan berita 23 remaja hilang di Villa Nabila itu adalah palsu, ada juga yang mengatakan berita itu sahih dan 22 orang telah dijumpai cuma tinggal lagi seorang belum dijumpai.

Namun setakat ini tiada bukti-bukti yang kukuh untuk mengesahkan berita ini. Berita dari Utusan Malaysia pula mengatakan memang terdapat seorang remaja berumur 16 tahun hilang di Villa Nabila dimana ibu bapa remaja berkenaan telah membuat laporan polis.

Tadi Dr Fuh cuba cari kisah sebenar yang berlaku di Villa Nabila suatu ketika dahulu menjadi sebuah kisah misteri yang hangat diperkatakan. NAmun pelbagai versi yang Dr Fuh temui yang jelas sekali bercanggah antara satu sama lain. Jadi memang sukar untuk mencari kebenaran kisah misteri Villa Nabila ini. Disini Dr Fuh kongsikan 7 versi yang ditemui berkenaan Kisah Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru.

Kisah Sebenar Villa Nabila Pelbagai Versi

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri. Kisah ni paling tersasar jauh -_-

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

pool villa nabila Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru

Poll di Villa Nabila

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula, namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 6 -  Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

Kisah Sebenar Villa Nabila Versi 7 - Jiran disekeliling kawasan Villa Nabila pula mengesahkan bahawa rumah tersebut telah dirompak oleh sekumpulan perompak. Rumah itu dikatakan dihuni oleh seorang lelaki melayu berkerabat raja dan isterinya pula seorang warga Singapura bernama Christine. Dikatakan semasa rompakan tersebut Christine dan Nabila telah dirogol beramai-ramai oleh perompak tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan kejam. Mayat-mayat mereka disimen di dalam dinding rumah tersebut. Dikhabarkan juga selepas 20 tahun kes itu, ada seorang ingin membeli Villa tersebut. Namun demikian, beliau sering dihadiri mimpi berkenaan keluarga tersebut. Dikhabarkan beliau bersetuju untuk menyempurnakan mayat keluarga tersebut.

Namun ada sumber mengatakan sekarang ini Villa Nabila itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam.

Dr Fuh – Fuhh!! banyak sungguh versinya kan? Tak lama nanti mesti kisah ini akan difilemkan, tak percaya tunggu la. Tapi versi yang mana satu? Mungkin kena tambah lagi satu versi kot.

Wallahualam

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Inilah Rahsia Mengapa Penduduk Arab Umur Panjang

Kisah Sebenar Villa Nabila Di Johor Bahru


Disebalik Kisah Misteri Villa Nabila – Rakyat Malaysia Prihatin?

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Disebalik Kisah Misteri Villa Nabila – Rakyat Malaysia Prihatin? | Nampaknya kisah misteri remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru semakin mendapat liputan meluas bukan sahaja melalui media massa bahkan sehingga rakyat-rakyat malaysia terutamanya di negeri Johor yang ‘sangat prihatin’ turun padang ke lokasi kejadian iaitu di Villa Nabila Johor Bahru. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari laman Harian Metro tentang ‘KEPRIHATINAN’ rakyat Malaysia berikutan kisah Villa Nabila di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU: Di sebalik cerita pelik dan menakutkan, Villa Nabila di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, terus menerima kunjungan orang ramai sejak awal malam dan kehadiran tetamu tidak diundang yang silih berganti itu tidak berkurangan hingga tengah malam tadi.

Menjelang tengah malam ini, dianggarkan 400 orang kebanyakannya remaja bertumpu ke kawasan banglo yang disenaraikan sebagai lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.

Tanpa takut atau bimbang dengan khabar angin KONONNYA kehilangan 23 daripada 30 remaja di Villa Nabila itu, orang ramai melanggar garisan kuning yang dipasang pihak berkuasa untuk meninjau persekitaran dan dalaman banglo usang itu.

Malah, ada remaja yang menjerit dan membuat bising di dalam banglo berkenaan untuk tujuan bersuka-suka dan membuat kecoh.

Kira-kira 11.15 malam tadi, sepasukan peronda dihantar ke tempat kejadian untuk menyuraikan orang ramai yang menceroboh ke kawasan larangan itu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis itu tidak menghalang lebih ramai orang berkunjung ke kawasan persekitaran Villa Nabila.

Kenderaan pengunjung yang diletakkan di bahu jalan itu juga mengakibatkan kesesakan hingga dua kilometer di Jalan Skudai menghala Tampoi berikutan pengguna jalan raya turut memperlahankan kenderaan untuk melihat orang ramai yang berkumpul di situ.

Polis Johor menafikan dakwaan di laman Facebook (FB) bahawa seramai 23 daripada 30 remaja yang dikatakan memasuki Villa Nabila hilang sejak pagi Sabtu lalu.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, siasatan polis mendapati hanya seorang remaja dilaporkan hilang dan siasatan masih diteruskan bagi memastikan remaja lelaki itu berada di banglo berkenaan atau tidak.

Katanya, laporan diterima daripada Norhayati Mohamad, 38, yang mendakwa anak lelakinya Mohammad Izzat Izuddin Husin, 16, tidak pulang ke rumah sejak petang kelmarin. – myMetro

Prihatin kan rakyat Malaysia ni?

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Inilah Rahsia Mengapa Penduduk Arab Umur Panjang

Disebalik Kisah Misteri Villa Nabila – Rakyat Malaysia Prihatin?

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan. Tadi ada seorang rakan Dr Fuh inform yang berita tentang remaja hilang di Villa Nabila dah disahkan ditemui. Rakan Dr Fuh tu dapat berita dari blog saudara Mazidul Akmal. Agak mengejutkan bila Dr Fuh baca berita ini dimana seorang remaja yang dilaporkan hilang itu telah ditemui. Tapi bukan di Villa Nabila. Dimanakah? Ikuti beritanya dibawah ini.

Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor, selepas tengah malam tadi.

Pada ketika entri ini ditulis Izzat dan 2 rakan, lelaki dan perempuan sedang dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato On. Saya bersama wartawan, Zulhazri Abu Bakar berada di luar balai. Tiada media lain bersama kami.

Maklumat disalurkan kepada kami oleh sumber berkredibiliti.

Sidang akhbar akan diadakan oleh Ketua Polis Johor.

Sumber berita – Bersama Mazidul

Lihat rakaman video di Villa Nabila Johor Bahru yang telah dibuat oleh sekumpulan pelajar sebelum KONONNYA mereka diberitakan hilang di laman PENCURIMOVIE.SX <– Klik sini

Dr Fuh – Hahaha. Bila baca balik macam lawak pon ada. Berita ni mendapat liputan sangat meluas di dada-dada akhbar dan media-media massa termasuk dari blog Dr Fuh sendiri, at last remaja yang dilaporkan hilang tersebut telah ditemui sedang bersembunyi dirumah kawan? Tapi persoalan yang timbul sekarang, mengapa remaja tersebut bersembunyi di rumah kawan beliau? Dan bagaimana pula timbul cerita yang remaja tersebut pergi ke Villa Nabila dan hilang disana? Jeng….jeng….jeng….!!

Credit

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: 3 Perkara Yang Dibolehkan Untuk Perdusta

Misteri Remaja Hilang Di Villa Nabila Johor Bahru Akhirnya Terungkap

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Tidak dinafikan makhluk halus sememangnya benar wujud dan boleh menyerupai pelbagai bentuk. Terbaru Dr Fuh dapat tahu melalui laman Sinar Harian bahawa terdapat langsuir yang sangat aktif mengganggu penduduk di sekitar daerah Jerteh dan sekitarnya. Ikuti artikel yang Dr Fuh kongsikan dibawah ini.

Kisah seram langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu. – Sinar Harian

Wallahualam

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur

Kisah Seram Mayat Berasap

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Mayat Berasap  - Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun. Peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang telah dilaknati Allah S.W.T.

Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik, aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut. AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula terkejut dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku. Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.

Kisah Seram Mayat Berasap Kisah Seram Mayat Berasap

Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat ke kiri dan ke kananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.

Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah ke hari ini.

sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Khasiat Susu Kambing Yang Mesti Diketahui

Kisah Seram Mayat Berasap

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan – Salam buat semua…Harini Emas Putih nak kongsi satu kisah misteri yang diambil dari laman Carigold. Kisah misteri ini berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan. Jom baca.

kisah ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang aku alami semasa dalam perjalanan pulang ke kampung ku di Bagan Serai, Perak melalui hiway utara-selatan dengan menunggang motosikal.

Kisahnya begini..malam Jumaat itu selepas pulang dari kerja..aku rasa amat bosan dengan Kuala Lumpur. Dalam jam 10 malam selepas berehat seketika..aku memutuskan untuk pulang menziarahi ibubapaku di kampung. Seperti selalu..aku sering bertolak dari KL sendirian dalam jam 12.00 mlm.

Selepas mengemas pakaian..dan memeriksa motosikal ku,aku memulakan perjalanan dari Kg.Baru dan memasuki hiway di Kepong. Lebih kurang 2 jam perjalanan aku singgah sebentar di tapah untuk mengisi minyak.Jam menunjukkan jam hampir pukul 3.00pagi. Malam itu jalan sunyi tak seperti biasa. Kedua-dua hala kenderaan sgt kurang. Bulan cerah, sejuk dan berkabus. Selepas mengisi minyak aku teruskan perjalanan …sampai di ulu behrang…aku berhenti di tepi jalan selepas exit Ulu behrang. Aku memaatikan enjin motosikalku di bawah deretan lampu sorot berkuasa tinggi di tepi jalan masukke lebuhraya dari Ulu Behrang.

Semasa aku berhenti..aku merasa tenang dan damai kerana jalan sgt2 sunyi..dan lengang…kiranya aku boleh memecut motosikal ku tanpa risau. Aku mengeluarkan sebatang rokok dan duduk di atas pembahagi jalan tepi hiway mengadap jalanraya dan motosikalku. Jam di tgn menunjukkan lebih kurang pukul 3.40 pagi. CUaca semakin sejuk walaupun aku memakai jaket kulit. Sesekali dalam di sebelah sana menghala ke KL..kereta melintasiku. Jalan raya mulai berkabus..seolah2 aku sudah melepasi terowong menora di Ipoh,

Habis sahaja sebatang rokok utnuk menghilangkan mengantuk..aku campakkan ke jalan…aku menoleh ke belakang… ketika itu aku seolah2 tidak percaya dengan apa yang aku lihat.Aku tergamam seketika..seolah2 terpaku dengan apa yang aku lihat. Aku kejipkan mata, menggosok wajahku dengan kedua2 telapak tangan..ia masih di situ..

Dalam cahaya bulan dan limpahan lampu sorot di tepi hiway itu aku melihat sebuah kawasan perkuburan lama memenuhi bukit-bukit di hadapan ku. Tidak ada sebatang pokok yang ada pada bukit tersebut..yang aku nampak hanyalah ribuan tiang batu nisan yang diperbuat dari kayu usang berceracak memenuhi bukit2 di hadapan ku. AKu nampak jelas dgn bantuan cahaya bulan dan lampu jalan ada 3 bukit yang dipenuhi batu2 nisan lama….

Aku tak merasa seram atau takut ..yang aku rasa hanyalah pelik kerana setahu aku tidak pernah ada kawasan perkuburan seluas itu di kawasan ini. Bukan sekali dua aku menggunakan jalan ini. Pertanyaan demi pertanyaan menerobos benak minda ku..apakah ini khayalan aku atau realiti. AKu memerhatikan ke segenap ruang yang mataku mampu melihat..sungguh ia ada lah perkuburan yang berusia dan penuh dgn batu nisan yang senget2 dan berceracak ke sepelosok bukit. Dalam 10-15 minit aku terpaku di situ..memang aku sedar..tak ada sebarang kenderaan yang lalu. Selepas itu aku perlahan2 berundur ke arah motosikal ku..mengambil helmet dan menyarungkan sarung tangan ku sambil mata ku tidak lepas memerhatikan kawasn perkuburan Islam tersebut. Ketika itu aku terasa seram sejuk ..dan bulu tengkuk ku menegang…aghhh tanda ianya bukan realiti…aku start moto dan tnapa menoleh lagi..aku bergerak..sepanajng jalan…tak putus2 soalan demi soalan dalam pikiran aku.

Setelah tiba di rumah aku tidak bercerita apa2 pada ayahku.keesokan paginya aku bertanya..dia pun terkejut dan menegaskan memang tak ada perkuburan Islam begitu di tepi lebuhraya. Oleh itu aku yakin..aku diberi peluang oleh Allah melihat dunia lain buat sementara waktu.Sehingga kini setiap kali tiba di tempat tersebut aku mengingatinya.Apa yang aku nampak..perkuburan siapa..Hanya Dia yg lebih mengetahui.

sumber : Carigold

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Khasiat Susu Kambing Yang Mesti Diketahui

Misteri Kuburan Lama Di Lebuhraya Utara-Selatan

Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam - 9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?] Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba [kalau korang tahu la] tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut [kalau korang tahu la] atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak [kalau korang tahu la] angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi [kalau korang tahu la] masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh [kalau korang tahu la] tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, [kalau korang tahu la] ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss……

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

PS: Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310

sumber : [kalau korang tahu la]

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Recipe

Kisah Seram Tegak Bulu Roma Rumah Sewa Seksyen 2 Shah Alam

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam - Bukanlah maksud nak takutkan korang sume ,tapi ini hanya nak berkongsi dengan korang. Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie, nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan ? So lebih baik share kepada korang daripada disimpan sorang dan duk diam jer betul tak?

Ramai  sudah sedia maklum antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam, contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup, yang tu memang la, memang dah rumah tinggal pun,t akde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1. Banglo Kayangan seksyen 12 Shah Alam

Banglo Kayanganseksyen 12 Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2. Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam

Rumah RM50Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3. Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

Seksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Rumah tepi SirimSeksyen 2Shah Alam Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

p/s : Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

sumber : carigold

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Senarai Rumah Paling Seram Menakutkan Di Sekitar Shah Alam


Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun - Gangguan jin saka adalah perkara yang boleh dikatakan kerap juga berlaku dalam sesetengah keluarga masyarakat Melayu. Ia adalah keadaan bila mana seseorang itu dihuni tubuhnya atau didampingi oleh jin (berbagai jenis) sama ada dia sendiri mahukan perkara itu atau dia terperangkap (oleh perbuatan oranglain), atau atas faktor keturunan.

Seorang guru wanita yang telah berkahwin lebih 3 tahun (tapi belum dapat anak) kini sedang diganggu saka dan masih dalam peringkat berubat. Punca saka itu adalah dari bapa mertuanya (kini sudah meninggal).
GADIS DISETUBUHI SAKA SELAMA 20 TAHUN KISAH BENAR!

Khabarnya semua adik-beradik suaminya juga diganggu oleh saka tersebut. Gangguan itu agak menyukarkan juga. Petik suiz lampu tidak menyala, terdengar bunyi seakan anak kucing mengiau, bunyi seperti orang main guli, bunyi kerusi ditarik, bunyi mencakar-cakar, termasuklah rumah berdentum dan bergegar.

Hal itu menyeramkan bulu roma hinggakan guru wanita itu tidak berani balik ke rumahnya sekembali dari kerja. Dia duduk di masjid sementara menunggu suaminya pula pulang dari kerja (suaminya kerja hingga jam 10 malam).

Di waktu malam pula, walaupun suaminya ada di sisinya, dia tetap diganggu dengan berbagai bunyi hingga sukar untuk tidur. Saya dan adik beradik selalu terlihat lembaga hitam yang besar seakan manusia setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

“SAYA menerima qada dan qadar ini serta reda atas setiap ujian Allah SWT tetapi kadang-kadang saya terfikir mengapa seseorang itu sanggup ‘mengorbankan’ keluarga sendiri demi mewarisi adat nenek moyang yang jelas bertentangan dengan Islam.”

Begitulah luahan seorang wanita selepas membaca rencana mengenai angkara Saka yang disiarkan dalam Dimensi, tiga minggu lalu. Wanita yang hanya mahu menggelar dirinya Alia, menghantar emel untuk berkongsi pengalamannya lebih 20 tahun dihantui Saka yang diwariskan datuk kepada ayahnya. Berikutan itu, Alia menetap di luar negara untuk mengelak pelbagai gangguan mistik dan menyeramkan angkara saka itu.
Ikuti luahannya:

Datuk meninggal dunia ketika saya masih kecil, baru darjah dua. Sebelum meninggal, datuk sebelah ayah lumpuh selama setahun.

Sejak kematian datuk, selalu ada kesan lebam di badan saya terutama paha ke bawah tetapi ibu anggap ia perkara biasa kerana kanak-kanak sering bermain, kerap jatuh dan terlanggar.

Ketika saya di sekolah rendah, ayah bekerja di negeri lain menyebabkan kami tinggal berasingan. Ketika ketiadaan ayah, saya dan adik beradik lain selalu terlihat kelibat lembaga hitam yang amat besar dan berbentuk seakan manusia di rumah kami. Lembaga hitam itu setinggi kira-kira dua meter sehingga mencecah siling.

Saya selalu demam terkejut melihat lembaga berkenaan. Saya beritahu ibu tapi ibu kata itu hanyalah khayalan kanak-kanak.

Disebabkan ayah bekerja di negeri lain, dua minggu sekali barulah dia pulang melihat kami. Dua atau tiga hari sebelum ayah pulang, saya dan ibu pasti terdengar suara ayah memanggil tetapi apabila berlari ke pintu dan membukanya, saya hanya terlihat kelibat lembaga hitam.

Ibu selalu mengadu sakit pinggang dan bisa di kaki. Badannya terasa seperti dicucuk jarum halus apabila ayah pulang. Dalam rumah pula, selalu muncul serangga seperti belalang bersaiz empat hingga lapan sentimeter panjang, berwarna hijau keperang-perangan dan merah malah serangga itu berbunyi sungguh kuat dan berdesing.

Ketika kami berpindah tinggal bersama ayah apabila saya di sekolah menengah, keadaan menjadi bertambah teruk. Saya selalu lewat bangun ke sekolah kerana setiap malam, badan terasa dihimpit lembaga hitam yang besar.

Apabila bangun tidur, lebam sebesar syiling 50 sen atau lebih besar kelihatan di kaki dengan kesan gigitan. Pinggang terasa seperti paku mencucuk. Sebelum datang haid, saya ada lebam di paha dan kitaran haid juga tidak normal malah kadang-kadang tiada langsung.

Sebelum muncul lebam, serangga seperti belalang muncul dalam rumah bersama bau bangkai yang amat busuk selain bau darah hanyir. Perkara ini kerap berlaku pada malam Jumaat dan badan saya akan berasa panas. Saya sering mengadu kepada ayah sebaliknya dimarahi dan memberi pelbagai alasan.

Disebabkan terlalu kerap menghidap penyakit itu, saya, ibu dan adik-beradik lain mengambil ujian darah kerana khuatir menghidap leukimia. Ujian darah bagaimanapun mengesahkan kami sihat.

Disebabkan keadaan kami semakin mudarat dan pemeriksaan kesihatan moden gagal mengesan sebarang penyakit, kami cuba berubat tradisional dan ramai pengamal perubatan mengatakan kami terkena sihir.

Ada antara mereka menyuruh kami mandi air garam, air daun, air tujuh masjid, tujuh kolah, tujuh perigi, air zamzam, meletak jala dalam rumah dan pelbagai kaedah lain tetapi lebam, bisa badan dan sakit pinggang tidak berkesudahan malah semakin teruk.

Perangai ayah juga berubah sejak kami tinggal bersamanya. Setiap malam Jumaat, dia bergegas ke rumah nenek tapi sebelum itu akan mengamuk dan naik berang tanpa sebab hingga kami ketakutan.
Kami terus berubat tradisional dan daripada seorang pengamal perubatan, kami diberitahu masalah ibu dan saya berpunca daripada ‘belaan’ keluarga suami.

Dia menyatakan lebam itu akibat jin belaan memakan darah sebagai perjanjian menjaga harta benda dan anak cucu yang dibuat lama dulu oleh keturunan ayah. Beliau menyuruh ibu membawa ayah berjumpa dengannya jika hendak berubat.

Pengamal perubatan menjelaskan sendiri kepada ayah tapi sebaik mendengar penjelasan itu, ayah benar-benar marah dan tidak percaya. Dia menuduh keluarga ibu terbabit.

Kali ketiga kami datang untuk berubat, pengamal perubatan itu tidak lagi mahu menerima kedatangan kami kerana keluarganya kacau bilau dan isteri pengamal perubatan itu dirasuk lembaga hitam dan berbulu. Yang peliknya, sesiapa saja termasuk pengamal perubatan yang hendak menolong saya dan ibu pasti dilanda musibah pelik-pelik.

Sejak itu, saya dan ibu sakit bertambah teruk – selalu demam, tidur malam terasa dihimpit dan bermimpi dirogol lembaga hitam besar. Sehinggalah kami bertemu seorang ustaz untuk berubat. Selepas diperiksa, ustaz itu mula menerangkan dengan terperinci perkara sebenar:

“Keturunan sebelah ayah dulu ada membuat perjanjian dengan makhluk itu melalui perantaraan seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wali’ ketika menuntut. Wali itu menghadiahkan ‘khadam’ untuk menolong menjaga harta benda dan keturunan anak cucunya, membuka kebun selain menjadikan orang lain melihatnya gagah, kuat dan berasa gerun.

“Selepas datuk meninggal, makhluk itu terbiar lama, tidak diberi layanan dan ganjaran seperti janji tuannya dulu menyebabkan ia mengamuk dan mahukan layanan. Sebelum kehadiran makhluk jin besar keturunan Ifrit jantan atau digelar hantu raya dalam budaya Melayu itu, akan ada bau busuk dan serangga seperti belalang atau serangga lain.

“Makhluk itu berbulu seperti mawas, amat ganas dan memakan darah dan air mani manusia untuk hidup, akan menggigit dan meninggalkan tanda kepada semua keturunan keluarga ayah,” katanya.

Ustaz itu juga menerangkan, makhluk itu kadang-kadang menyerupai ayah dan sering merogol ibu dan saya ketika tidur. Apabila kami tidur, kadangkala bermimpi melahirkan anak kecil. Makhluk itu juga berupaya mengacau-bilau dan memecah belahkan keluarga jika tuntutannya tidak dipenuhi. Ustaz itu menambah, jika tidak berhati-hati, kemungkinan ada kematian kerana makhluk itu mahukan makanannya (darah) yang banyak. Saya tidak tahu betul atau tidak, tetapi ramai keluarga di sebelah ayah yang mati pada usia muda. Wallahualam.

Kami berubat tapi masalah lebam masih berterusan dan mimpi dirogol masih berterusan. Saya juga kerap bermimpi anak kecil selain bermimpi melahir dan menyusukan bayi. Pernah sekali antara sedar dan tidak, saya melihat lembaga hitam menyerupai ayah mengaku yang ‘ia’ sudah mati dan hendak memeluk saya.

Apabila saya sedar, saya menjerit dan lembaga itu hilang. Dua tiga hari selepas insiden itu, bau hanyir darah memenuhi bilik. Semua cadar dicuci tetapi bau masih ada. Insiden pelik lain ialah bunyi sesuatu menghempap bumbung dan mencakar siling terutama pada tengah hari dan malam.

Kelakuan ayah juga pelik apabila membiarkan sekeping bumbung (atap) rumah terbuka pada setiap bilik, meletakkan parang atau sebilah pisau kecil di bawah permaidani, katil atau kerusi dan makan dalam kuantiti yang banyak malah berpinggan-pinggan.

Ayah juga ada menyimpan keris kecil yang katanya, pusaka yang harus dijaga rapi selain sehelai kain putih berbentuk gelang yang dililit. Setiap malam Jumaat atau malam Rabu, ayah memakai wangian yang baunya sungguh kuat dan membuka semua tingkap dengan luas. Ayah juga tidak mahu tidur dengan ibu dan mengunci diri dalam bilik keseorangan.

Pernah saya mengintai dan melihat dia bercakap seorang diri dan ketika itu di luar rumah ada bunyi serangga seperti belalang yang berdesing kuat. Ustaz yang kami temui juga pernah berkata, datuk saya itu tidak boleh meninggal dunia selagi ‘amalannya’ diturunkan kepada waris keturunannya menyebabkan ustaz itu menasihatkan saya dan ibu memutuskan hubungan dengan ayah dan duduk sejauh mungkin bagi mengelakkan gangguan berterusan.

Alhamdulillah, kami mengikuti nasihat itu. Kini saya menetap di luar negara dan dalam proses membawa ibu tinggal bersama-sama. Masalah lebam masih ada tetapi sudah tidak seteruk dulu. Buat masa ini, saya mengamalkan bacaan beberapa ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun untuk mengelak diganggu. Bisa di badan dan mimpi dirogol atau dihempap makhluk hitam, Alhamdulillah sudah tiada.

Memang sukar untuk masyarakat mempercayai perkara ini, tetapi pada hakikatnya inilah masalah yang melanda masyarakat Melayu hingga kini. Mungkin ada sesetengah pihak menganggap perkara ini remeh tetapi amalan saka jika tidak dibendung membawa mudarat – perpecahan rumah tangga, perceraian suami isteri, syak wasangka, pergaduhan antara saudara dan masyarakat, sakit misteri berlanjutan dari segi fizikal dan mental serta hidup tidak lagi tenang.

Saya berharap jika ada sesiapa yang menghadapi masalah saka, berubatlah dan buanglah perkara jahil ini. Bertaubat serta kembalilah ke jalan Islam yang sebenar dan percayalah kepada kekuasaan Allah dan amalan Nabi dan Rasul.

Sumber-http://www.blogbisu.com

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicGroup

Kisah Benar ! Gadis Disetubuhi Saka 20 Tahun

Gempar !! Pontianak Di Kota Kemuning??

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Gempar !! Pontianak Di Kota Kemuning - Penyebaran imej seorang wanita berambut panjang di sekitar Kota Kemuning, di sini, sejak beberapa hari lalu, menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.

Imej dalam foto itu kini dikatakan tersebar luas pengguna telefon pintar dan dipercayai dirakam di sebuah kawasan pembinaan sekitar bandar raya ini sebelum diperoleh seorang penduduk.

Beberapa penduduk yang melihat gambar itu memberi pelbagai reaksi kerana sehingga kini tidak diketahui siapa merakam imej berkenaan.

Penduduk Shamsudin Daim, 40, berkata, imej dalam foto itu dipercayai dirakam pada waktu siang ketika beberapa pekerja menyiapkan kerja menambak tanah di sebuah tapak pembinaan.

Bagaimanapun, katanya, ketulenan foto itu tidak dapat disahkan kecuali selepas ia dinilai pakar dalam bidang teknologi fotografi atau grafik jika gambar berkenaan menggunakan teknik pertindihan.

“Memang foto imej wanita berambut panjang itu tersebar meluas di sekitar Kota Kemuning. Cuma kita tidak tahu siapa merakamnya. Mungkin ia tulen atau mungkin juga tidak. Hanya pakar dapat menentukannya.

“Namun berdasarkan imej diperoleh, memang tertera imej seorang wanita berambut panjang,” katanya yang tidak mengetahui identiti perakam gambar itu.

Sementara itu, Bilal Surau Al-Hidayah Jalan Kebun Jamal Sanusi, 50, yang turut melihat imej berkenaan berkata, tiada yang mustahil dalam kehidupan manusia, terutama membabitkan sesuatu yang ghaib atau di luar pengetahuan.

“Cuma kita tidak boleh terlalu taksub selagi kita tidak tahu kesahihan gambar berkenaan atau sebaliknya.

“Perkara begini kadangkala boleh menjejaskan akidah kalau kita tidak berhati-hati jika orang ramai mempercayainya bulat-bulat,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

Gempar !! Pontianak Di Kota Kemuning??

Kisah Seram Lebuhraya Pantai Timur

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Lebuhraya Pantai Timur - Kisah dua ekor pocong di Hentian Kuantan. Kawan aku dalam perjalanan memandu kereta dariKL ke Kemaman melalui LPT. Nama dia Syam. Syam ni nak balik ke kampung dia. Malam tu lebihkurang pukul 1-2pagi camtu Syam baru sahaja melalui exit Gambang. Disebabkan dianak ke Kemaman, maka dia perlu keluar melalui exit Jabur.

Lebih kurang dalam 5 Kilometernak sampai Hentian Kuantan tu, Syam terasa nak kencing la pulak. Oh ya, lupa.Syam sorang saja nak balik Kemaman. Apabila dah dekat nak sampai HentianKuantan, kereta Syam pun menyusur masuk dan terus parking kereta betul-betul dihadapan beberapa buah gerai. Masa tu sume gerai dah tutup. Lagipun dah pukul 2pagi. Hentian Kuantan ni bukanlah hentian-hentian yang besar seperti HentianGambang dan Temerloh. Hanya sekadar terdapat tandas, surau dan gerai-geraikecil menjual air, buah-buahan dan jajan.

Masa sampai tu, Syam pelik,kenapa takde orang. Kereta dia je yang ada. Keadaan pun suram. Hentian tugelap, sebab belakangnya hutan. Yelahlah, disebabkan keliling memang gelap,lampu jalan kalau pasang tetap nampak tak berapa terang (boleh bayang tak). Sepanjangjalan memang sunyi. Lagipun laluan selepas exit Gambang memang tak banyakkereta lalu.

Keluar je kereta Syam terus masuktoilet lepaskan hajat. Dah setel, berjalan lah dia ni ke kereta. Masuk jekereta, dia berehat le sekejap. Memandangkan sepanjang dari KL memang dia takberhenti mana-mana pun. Sambil duduk berehat-rehat tu dia terfikirlah, pelikkenapa tak nampak orang pun berhenti kat sini. Hentian di seberang pun macam tujugak. Sunyi. Masa tu Syam tak terfikir pun apa-apa yang menyeramkan. Maklumla mungkinsebab agaknya lelaki. (lelaki kan konon hatikering, apa barang takut2 kan..)

Tengah-tengah layan blues tu,boleh la pulak Syam ni tertido. Dalam beberapa ketika dia tertido tu, dia punterjaga. Sebab dengar macam bunyi kain yang berkibas-kibas. Macamana aku nkkorang gambarkan ek. Aaaaaaa…macam korang nak sidai kain batik ke pelikat ke,mesti korang kibas-kibas pastu sidai atas ampaian, boleh bayang tak? Haaa..macamtu la bunyinya.

Ok, Syam dengar bunyi tu macamkuat dan laju di belakang kereta dia. Seolah2 bunyi dari belakang menuju kehadapan. Lagipun Syam bukak sket cermin kereta dia sebelum terlelap tu. Dia puntelek la sidemirror dia….

Haaaaaa…tu dia, Syam nampaklembaga yang rupanya macam pocong, lompat laju gila macam nak kejar kereta dia.Syam apa lagi dalam takut, mamai campur kalut, dia terus start enjin, reversekereta cepat2 pastu terus nak pecut. Dalam masa nk susur keluar tu sempat lagiSyam ni tengok kt blindspot dan hadapan dia, rupenye pocong tu bukan sekor, tapidia bawak sekor geng dia.

Tapi bukan dua ekor yang kejar dia. Sekor lagirupa-rupanya tengah berdiri di bawah wakaf kayu yang ada kat sebelah gerai yanglast skali. (Kalau korang lalu Hentian Kuantan ni, cuba korang usha wakaf yangbetul2 sebelah gerai yang paling lastskali). Syam nampak pocong yang kat wakaf tu masa dia nk gerak keluar darisitu, tengah siap sedia cam nak gerak kejar Syam. Sekor pocong tu laju gilamelompat-lompat mengejar kereta Syam ni diikuti dengan pocong dari wakaf tu. Keadaanmuka tak berapa clear. Susuk tubuh macam lelaki dewasa. Kain kapan yang balutpocong tu macam kotor-kotor sket. Macam terkena tanah. Jarak antara pocong nganboot kereta Syam ni dalam sedepa gitu. Memang dah dekat sangat dah tu.

Mujur Syam ni cool, tak le kalut ngancuak sangat. Cubakalau kalut, tiba eksiden, kereta terbalik ke, pastu pocong2 tu mengintai pulakikut cermin tak ke naya. Eeeeee..

Masa tu memang satu kereta punxde atas highway. Yang ada kereta Syam jek. Syam terus tinggalkan hentianKuantan tu cepat2 ngan pecut laju2 sampailah hilang pocong sekawan tu daripandangan dia.

Sampai je kampung, Syam tanya kawan2,sedara-mara pasal mende ni. Rupenye dah ramai terkena. Sebab tu lah, tak ramaiyang berani berhenti kat Hentian Kuantan ni. Cleaner hentian pun selalu balikawal. Gerai-gerai pulak jarang bukak sampai lewat malam. Syam terpikir..”agaknyamende tu saje nak bagitau aku, tu kawasan dia kot..”. Semenjak dari tu, jarang Syambalik kampung lewat malam sangat. Kalau nak kencing pun sanggup tahan buang katstesen minyak ke apa. Aku tanye Syam, asal ko xtangkap gambo, Syam cakap, sebabdia sorang. Kalau dia ada member ikot sekali, bole je dia tangkap. Ni nak oncamera henpon pun tak mampu.

Ok. Pesan aku. Kalau korangberkesempatan lalu Hentian Kuantan tu waktu malam, cuba korang perati kat wakaf palinghujung sekali. Tengok lama2. Mana la tau, korang nampak pocong tu

sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Kisah Benar Pemancung Kepala Di Arab Saudi

Kisah Seram Lebuhraya Pantai Timur Emas Putih

Mayat Di Kubur Lambai Tangan Kepada Wanita Minta Diselamatkan (Video)

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Mayat Di Kubur Lambai Tangan Kepada Wanita Minta Diselamatkan (Video) | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para pembaca yang Dr Fuh kasihi dan hormati sekalian. Kisah ni memang agak seram. Video juga disediakan. Jom Check It Out!!

BRAZIL – Seorang wanita yang melawat pusara keluarganya di Sao Paulo terkejut selepas melihat `mayat’ hidup yang melambaikan tangan kepadanya dari dalam kubur.

Jelas wanita berkenaan, dia amat terkejut selepas mendengar bunyi bising di kubur bersebelahan.

“Saya amat takut kerana menyangka melihat hantu yang cuba keluar dari dalam kubur dan melambai serta menggerakkan tangannya untuk membolehkan dia keluar dari situ,’’ katanya yang enggan namanya didedahkan.

Wanita itu berkata, dia kemudiannya berlari sambil menjerit, namun kembali semula ke kubur itu untuk memeriksa keadaan kubur berkenaan.

Selepas mendapati mayat itu adalah seorang manusia yang masih hidup, dia bertindak memanggil ambulans.

Pada mulanya, kata wanita itu, polis tidak percaya akan laporan yang dibuatnya dan dia dituduh membuang masa mereka dengan membuat lawak bodoh.

“Polis berulang kali bertanya pada saya adakah saya serius dan adakah ini satu jenaka,’’ katanya.

Selepas gagal meyakinkan pihak polis, dia kemudiannya meminta penjaga kubur supaya memberitahu polis bahawa laporan yang dibuatnya itu adalah betul.

Susulan itu, pasukan menyelamat digegaskan ke situ dan mereka menyelamatkan lelaki itu yang sebahagian besar badannya sudah tertanam dalam tanah.

Mangsa kelihatan tidak bermaya namun masih bernafas.

Polis percaya lelaki itu mangsa dalam satu pergaduhan sebelum penyerangnya mencampakkannya dalam lubang kubur yang kosong kerana menyangka dia sudah mati.

Dia bagaimanapun bernasib baik kerana penyerang tidak sempat menimbun habis tanah di kubur berkenaan. – Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Mayat Di Kubur Lambai Tangan Kepada Wanita Minta Diselamatkan (Video) Dr Fuh

Kisah Benar Seram Arwah Kakak Pulang Ke Rumah

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Benar Seram Arwah Kakak Pulang Ke Rumah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca semua. HArini Dr Fuh nak kongsi satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang remaja. Kisah ini Dr Fuh kongsikan dari laman Kopi Lekat. Jom baca!

Saya ingin berkongsi pengalaman yang tak mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Mungkin cerita yang ingin saya sampaikan ini dianggap sebuah dongeng pada halwa pendengaran para pendengar, tapi ia adalah satu kenyataan yang kami sekeluarga tempuhi.

Kisah ini baru juga berlaku, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu jam menunjukkan 10.25 malam dan saya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah saya, dan bila saya buka, saya dapati kakak saya berlumuran dengan darah. Saya amat terkejut dan panik dengan keadaannya masa itu. Saya tanya dia kenapa tapi dia hanya mendiamkan diri dan menangis lalu terus berlari ke bilik air. Saya bergegas ke bilik untuk beritahu mak dan ayah. Mak dan ayah juga cuba memanggil nama kakak dan ketuk berkali-kali di pintu tandas tapi kakak hanya mendiamkan diri. Kami sekeluarga panik dengan keadaan kakak.

Tak lama selepas itu, ada seseorang mengetuk pintu. Ayah ke pintu untuk menjengah siapa yang datang. Dua orang lelaki menggelarkan mereka adalah kawan kepada kakak saya. “Cik, saya Amir, kawan Lin…” Beliau bercakap sambil menangis terisak-isak, “Cik… Lin meninggal dunia… Dia kemalangan…” Sejurus mendengar kata-katanya, ayah saya memarahi beliau dan mengatakan kakak ada di bilik air.

Dipendekkan cerita, kami ke tandas untuk memastikan kesahihan berita yang kami dengar. Pintu tandas diketuk berkali-kali tapi kakak tetap mendiamkan diri. Ayah memutuskan untuk memecahkan pintu tandas. Alangkah terperanjatnya kami, tiada sesiapa di dalam dan ayah menyoal saya tentang kakak. Saya menangis dan bersumpah yang saya jumpa itu benar-benar kakak dan saya mengatakan kalau saya tipu, kenapa pintu bilik air terkunci di dalam. Ayah dan mak hanya tergamam antara percaya dan tak percaya dengan cerita saya…

Kami pun ke tempat kejadian untuk memastikan berita yang disampaikan kawan kakak dan cerita itu memang benar. Kakak telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana motor yang ditunggangnya terbabas di jalan. Motornya remuk dan penuh dengan darah tapi masa kami sampai, kakak telah dibawa pergi ke hospital untuk bedah siasat. Sudah lima tahun perkara ini berlaku, tetapi sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, siapakah yang pulang ke rumah??? Sehingga hari ini saya masih tidak percaya dengan apa yang saya alami. Saya menjadi trauma setiap kali pintu diketuk kerana rasakan seolah-olah kakak pulang. Sudah puas saya berubat tapi tiada satu pun yang dapat membantu saya.

Di kesempatan ini, saya harap pendengar yang budiman, dapatlah menyedekahkan surah Al-Fateha pada arwah kakak saya Noor Lynne Qistyna Binte Ahmit yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tenang di sana. Amin…

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Product

Kisah Benar Seram Arwah Kakak Pulang Ke Rumah Dr Fuh

Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda | Teddy Bear biasanya comel dan membuat orang ingin memeluknya . Namun bagaimana dengan Teddy Bear versi seram buatan chef yang berasal dari Rusia ini ?

Teddy Bear seram itu dibuat dari kulit ayam mentah yang dibentuk menjadi boneka beruang lucu pada asalnya . Foto itu semula dimuat naik oleh chef Simon Hulstone yang bergurau membuatnya untuk anaknya . Ia mengaku menggunakan dari kulit ayam belanda .

Namun baru- baru ini Teddy Bear itu hasil ciptaan Viktor Ivanov dan dibuat dari kulit ayam . Namun tidak diketahui apa isi di dalam Teddy Bear seram tersebut . Viktor juga tidak mengulas lebih lanjut mengenai hasil karyanya itu .

Euw.. Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda Euw.. Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda2 Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda Euw.. Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda3 Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda

Foto Teddy Bear versi Frankestein itu pun dengan cepat menjadi sensasi di internet . Foto tersebut muncul beberapa hari selepas foto hidangan ‘ Cthurkey ‘ berupa ketam besar dalam ayam belanda dan diisi sotong jadi bualan di netizen .

” Menjijikkan , ” komen netter . ” Bagaimana jika aku menggorengnya ? ” tambah lain . ” Rasanya aku tidak boleh memandang ayam dengan sama lagi . “

sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Rating

Euw..!! Anak Patung Beruang Diperbuat Dari Kulit Ayam Belanda Emas Putih

Sepasang Jenglot Ditemui Di Bandung

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Sepasang Jenglot Ditemui Di Bandung | Mesti ramai orang kita yang kurang percaya dengan kewujudan Jenglot. Dalam post ini korang boleh tahu yang Jenglot tu wujud dan ianya menyerupai kelawar.

Bandung: Orang ramai di kawasan Badung, Bali gempar semalam selepas sepasang makhluk halus dikenali sebagai jenglot ditemui dan ditangkap seorang penduduk Pantai Muaya, Jimbaran.

Menurut media ketika ini jenglot berkenaan disimpan di rumah Jero Mangku Karang.
Sejak berita itu tersebar, rumah Jero dikunjungi ramai orang – termasuk dari kawasan luar – untuk melihat sendiri makhluk berkenaan.

Saksi berkata, jenglot itu berupa seperti kelawar, bertaring dan berambut seperti manusia.

“Dimaklumkan jenglot itu ditemui dua penduduk tempatan, Ketut Tarin dan Akob, di kawasan pantai dan selepas ditangkap ia diserahkan kepada Jero,” katanya.

Penduduk setempat mengenali Jero sebagai seorang tokoh spiritual yang dihormati.

Sementara itu Ketut Tarin berkata, dia hairan apabila menemui objek ganjil ketika berjalan di kawasan pantai.

Melihat keadaan itu, katanya, dia mencampak objek itu ke laut tetapi ia kembali ke pantai dalam keadaan berpelukan.

“Seolah-olah mereka enggan dipisahkan,” katanya.

Disebabkan bimbang berdepan masalah, Ketut Tarin dan Akob berbincang dan bersetuju menyerahkan jenglot berkenaan kepada tokoh spiritual yang mereka kenali, Mangku Kayun.

Sementara itu Jero berkata, jenglot itu ditemui terbaring dalam jarak kira-kira satu meter antara satu sama lain di pantai ketika Ketut Tarin dan Akob berjoging.

Mereka kemudian membawa makhluk itu ke rumahnya.

“Pada awalnya ada kuasa memancar dari jenglot berkenaan tetapi saya neutralkan supaya ia tidak memudaratkan sesiapa,” katanya.

Kenyataan itu disokong Mangku Kayun.

“Kuasanya sangat kuat tetapi untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini ia berjaya kami kunci,” katanya.

Menurut Mangku Kayun jenglot juga boleh digelar sebagai toyol kerana makhluk berkenaan boleh menyerupai apa saja.

Katanya, rambut jenglot yang terurai itu mungkin berasal daripada rambut manusia atau bulu kemaluan lelaki atau wanita.

“Makanannya ialah darah manusia.

“Walaupun ia kelihatan kaku, auranya hidup dan sangat kuat dan boleh disuruh melakukan apa saja, termasuk membunuh,” katanya, semalam.

Jero berkata jenglot itu dimiliki pihak tertentu sebagai alat pelaris yang ditempatkan di kotak simpanan wang. – Agensi

Sumber

Kita sebagai umat islam hendaklah percaya dengan kekuasaan Allah, Allah boleh cipta apa yang dikehendakiNya.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Sepasang Jenglot Ditemui Di Bandung Beki Mustaffa


43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup | Fuh!! Ramai tu, 43 orang kena histeria serentak. Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Hulu Selangor. Ikuti berita penuh yang dipetik dari Sinar Harian.

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup

HULU SELANGOR – Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

“Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta,” katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

“Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

“Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

“Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

“Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan. – Sinar Harian

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

43 Pelajar Diserang Histeria Sekolah DI Hulu Selangor Ditutup Dr Fuh

10 Pelajar SMK Jabi Diserang Histeria Nampak Lembaga Hitam

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

10 Pelajar SMK Jabi Diserang Histeria Nampak Lembaga Hitam | ALOR SETAR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena di sini kecoh lagi apabila lebih 10 pelajar diserang histeria selepas dikatakan ternampak satu lembaga berambut panjang dan dipenuhi darah di tandas sekolah berkenaan semalam.

Ini merupakan kejadian kedua berlaku di sekolah terbabit selepas kejadian pertama pada Khamis lalu membabitkan kira-kira 30 pelajar dan dua guru.

Menurut seorang mangsa iaitu pelajar tingkatan empat, Nur Syamimi Ibrahim, kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku pada waktu rehat iaitu semasa dia dan beberapa rakan berbual di tepi kelas.

sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Batu Ditemui Terbakar Sendiri Selama Beribu Tahun

10 Pelajar SMK Jabi Diserang Histeria Nampak Lembaga Hitam Emas Putih

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali | Dari jauh, Pulau Gaiola di Naples, Itali kelihatan cantik dan jadi destinasi percutian. Tapi ternyata, pulau ini konon dikutuk. Ada berderet kisah misteri yang menyelimuti pulau ini.

Cantiknya Pulau Gaiola di Teluk Naples, Itali ini membuat kawasan ini dilindungi. Pulau yang berada di kawasan Taman Bawah Laut Gaiola ini menjadi tarikan tersendiri bagi para pelancong terutama semasa musim panas.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali2 Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

Terdapat dua pulau kecil di sana, salah satunya vila yang tidak bertuan. Ada jambatan kecil yang kelihatan seperti semulajadi yang jmenghubungkan dua pulau tersebut. Dahulu, ada kuil kecil yang dikhaskan untuk Dewi Venus di pulau kecil bersebelahan yang bernama Pulau Euplea.

Sebenarnya masih banyak runtuhan bangunan kuno dari pulau tersebut. Kini runtuhan itu ada di dasar laut dan sudah jadi rumah bagi para hidupan laut. Misteri ada di vila megah yang tidak bertuan itu.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali4 Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali3 Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

Kisah kutukan ini bermula pada tahun 1920 di mana pemilik vila pada semasa itu adalah seorang yang berasal dari Switzerland yang benama Hans Braun. Ia ditemui terbunuh di dalam vila dalam keadaan terbelit karpet. Tidak lama, isterinya juga meninggal kerana jatuh ke laut.

Pemilik selanjutnya adalah orang Jerman bernama Otto Grunback. Ia meninggal kerana mengalami serangan jantung ketika berada di dalam vila. Maurice-Yves Sandoz jadi pemilik selanjutnya yang meninggal dengan cara bunuh diri semasa mengidap sakit mental.

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali5 Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali

Masih banyak lagi kisah aneh yang dialami para pemilik vila. Kebanyakan dari mereka, berakhir tragis tidak lama selepas membeli vila tersebut. Kini vila terkutuk itu tidak berpenghuni dan juga tidak bertuan. Namun para pelancong tetap datang ke pulau itu untuk bercuti.

Bermain di sekeliling pulau atau melancong ke pulau sebelahnya jadi aktiviti kegemaran para pengunjung. Agaknya, kutukan tidak berlaku bagi mereka yang hanya bercuti ke sana, asal tidak membeli vila!

sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Gambar Wanita Koyak Kulit Sendiri Lepas Kecewa Dengan Kekasih

Kisah Misteri Villa Terkutuk Di Itali Emas Putih

Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Fakta Jarang Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja pasti yang kita semua mesti takut bila menonton filem Jaws terutamanya semasa kali pertama. Sebab utamanya mestilah jerung itu sendiri.

Namun begitu, adakah kamu tahu jenis buruan yang dicarinya? Kenapakah jerung sangat suka meragut nyawa manusia? Di bawah adalah fakta tentang jerung yang pastinya ramai antara kita tidak ketahui. Lepas tahu fakta jerung ini, mungkin pandangan kamu terhadap jerung mungkin akan berubah. Mana tahu ada yang nak pelihara jerung ke lepas ni. Kah3

Jerung Tidur Dengan Sebelah Mata Terbuka

jerung tidur 300x225 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Teacher Muja boleh cakap yang fakta paling menakutkan tentang jerung adalah jerung sentiasa merenung dan melihat mangsa walaupun semasa jerung tidur! Perghhh! Tidur pun jerung tak biarkan mangsanya begitu sahaja. Tetap diperhatikan sepanjang masa.

Jerung Boleh Makan Apa-apa Sahaja

jerung harimau makan apa sahaja 300x150 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Jerung diketahui mampu untuk memakan apa-apa sahaja daripada sekotak paku hinggalah beberapa botol wain. Tetapi jerung tidak boleh makan ikan yang dinamakan sole kerana ikan itu akan melepaskan bahan kimia yang membuatkan jerung melepaskan ikan itu selepas menelannya.

Jerung Tidak Mempedulikan Anak-anaknya

anak jerung 300x187 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Jerung betina akan bertelur dalam tempat yang selamat tetapi jika anak-anaknya dilahirkan di dalam jerung itu, anak jerung hanya akan dipedulikan sehingga mereka dilahirkan sahaja. Selepas itu, mereka terpaksa hidup atas diri sendiri.

Umur Jerung Panjang

jerung yang mesra 300x222 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Bermula daripada 7 inci hinggala ke 40 kaki, terdapat lebih kurang 400 spesis jerung dalam dunia. Mereka hidup selama tahun secara purata walaupun terdapat juga antara jerung yang terus hidup sehingga seratus tahun.

Jerung Hanya Menyerang Semasa Lapar

jerung yang lapar 300x212 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Jerung biasanya akan tinggal hampir 6000 kaki hingga 10 000 kaki di bawah permukaan air, menyebabkan tiada ancaman yang mengejut. Jerung hanya datang ke kawasan air cetek untuk mencari makanan dan mereka rasa terancam. Kalau tidak, jerung lebih sukakan kehidupannya di laut dalam.

Daya Hidu Jerung Sangat Hebat

jerung ngeri 300x225 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Jerung mempunyai daya bau yang sangat kuat. Sangat kuat sehingga seekor jerung boleh menghidu bau satu bahagian darah daripada 100 bahagian air yang mungkin menjadi penyebab kenapa sangat mudah bagi untuk menarik perhatian seekor jerung dengan darah.

Kulit Jerung Tidak Dinamakan Sisik

kulit ikan jerung 300x225 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Jerung mempunyai kulit yang sangat tebal dan boleh tumbuh setebal 10cm. Pada suatu masa dulu, kulit jerung digunakan sebagai kertas pasir kerana ia sangat kasar. Kulit tebal ini melindungi jerung daripada serangan dan ia dipanggil ‘denticles’, bukan sisik.

Gigi Jerung Sentiasa Tumbuh

gigi jerung 300x239 Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui

Gigi jerung sentiasa akan tumbuh semula walaupun selepas semua giginya sudah tercabut. Bukan itu saja, jerung juga mempunyai kebolehan menggerakkan kedua-dua geraham atas dan bawahnya. Gigi yang baru tumbuh biasanya adalah paling besar dan paling berbahaya!

Seramkan tengok gambar jerung ni? Teacher Muja tak dapat nak bayangkan kalau ditakdirkan berjodoh dengan jerung ni. Mungkin ‘beliau’ akan menjadi makhluk terakhir Teacher Muja mampu tengok di dunia. Kih3. Apa-apa pun, jerung ni makhluk Allah SWT. Kita tidak boleh membencinya. Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Event

Fakta Tentang Jerung Yang Jarang Diketahui muja

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur

$
0
0

Fuh.My Fuh.My - Mencetus Fenomena

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Tidak dinafikan makhluk halus sememangnya benar wujud dan boleh menyerupai pelbagai bentuk. Terbaru Dr Fuh dapat tahu melalui laman Sinar Harian bahawa terdapat langsuir yang sangat aktif mengganggu penduduk di sekitar daerah Jerteh dan sekitarnya. Ikuti artikel yang Dr Fuh kongsikan dibawah ini.

Kisah seram langsuir mengganggu penduduk yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila isu itu tersebar melalui laman sosial.

Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh) secara berkumpulan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.

Rujuk mereka yang layak

Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai langsuir itu melalui Facebook.

“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib seperti wujudnya jin dan syaitan.

“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.

Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul, makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu mengganggu manusia.

Suara mengerikan

Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu lalu.

Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan memaksanya bergegas pulang.

Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.

“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.

Sudah dipasung

Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong Lapang.

Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan ayat al-Quran.

“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.

“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu, penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan, bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu sejak empat tahun lalu. – Sinar Harian

Wallahualam

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Address

Kisah Seram Langsuir Ganggu Penduduk Di Pantai Timur Dr Fuh

Viewing all 51 articles
Browse latest View live